Lindungi Kerugian Kewangan Anda Dengan Takaful

Archive for January, 2014

TUNTUTAN TAKAFUL MERINGANKAN BEBANAN KELUARGA SIMATI

Pada minggu lepas, saya telah berkesempatan menyampaikan cek tuntutan kepada pelanggan saya iaitu ahli kariah Masjid Seri Melati, Selayang. Ini adalah kali kelima saya menyampaikan cek tuntutan ahli kariah tersebut bagi tahun 2013.

Tuntutan atau Claims adalah menjadi  tujuan daripada penyertaan ahli masyarakat di dalam produk-produk takaful. Jumlah bayaran tuntutan yang diterima dapat mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh waris si mati.

Inilah tujuan terpenting takaful iaitu membantu sesama saudara muslim sewaktu menghadapi musibah.

Claim Seri Melati